Renungkanlah seketika bersama saya. Tak sampai 5 minit pun anda
bersama saya. Yang pasti, anda akan mendapat sesuatu yang berguna
daripada saya. Bak kata orang, ilmu yang sedikit lebih bermanfaat
sekiranya diamalkan dan begitulah sebaliknya.
Cuba anda fikir sejenak. Layakkah kita berada di muka bumi Tuhan ini sekiranya kita ini tiada sedikit masapun dalam meluangkan diri beribadah kepada-Nya? Apakah kita ini sudah begitu kuat sekalipun tanpa bantuan-Nya dan nikmat-Nya. Astagfirullah.